BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday 9 October 2011

Oh My Ubat

|U|B|A|T| - I memang tak suka ubat. Bukan ngada2 or berlagak mcm anak2 manja.. sorry, I bukan anak manja. Tapi FAKTA yang I nak sebutkan di sini, I memang tak suka sangat makan ubat. Bukan sebab pahit or apa jua rasanya, tapi memang I HATE ubat!

Rasa mcm tak percaya, ubat2 yang MA bagi last Friday dah abis. Adakah itu satu perkara yang baik atau X? Tapi percayalah, I memang sakit. Kalo tak sakit, takkan ubat2 tu abis. Dah berapa malam tak tido dlm bilik sendiri, sebab takut I sesak nafas & takdak org yang sedar. Huhuhu...

Mcm malam semalam, dengan mata yang ngantok lepas makan ubat, (Overdosed??!! Tak mustahil... ) cuba tido. Batuk tak henti + sukarnya nak bernafas. Memang I sesak nafas. Mcm2 cara I cuba utk bernafas dan akhirnya muntah. Alhamdulillah... idup lagi. Boleh tarik nafas walaupun payah.

Arini. sepanjang petang ttdo atas sofa depan tv akibat makan ubat tak ikut jadual n dos kot. ( Peduli apa.. janji sakit kurang... ) Bangun2 tgk muka kat cermin. Wahhhhh... sepetnya mata saya! Takpe janji comel.

Ehhh... tanya boleh? Kalo ubat abis, kita mintak lagi kat dorang???

Saturday 8 October 2011

Oh My BATUK

Batuk oh Batuk
Tolong pergi jauh2
Saya sudah tak larat
Mata ngantok mau tido


Mak, daddy & ramai lagi yang risau pasal saya batuk tak henti2. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Berat rasa mendengar batuk, sakit lagi orang yang batuk.

I jenis yang tak suka makan ubat. Bukan nak mengada2 ( tau... ada yg komplen ngada2, plastik manja or apa2 pun komen pasal statement tak suka makan ubat ni.. :-p ) tapi memang I hate ubat!! Last week pegi clinic, budak2 trainee yang check. Ubat2 dorang kasi, panadol ( lagi2 panadol ), ubat batuk (liquid, memang kasi lidah saya bengkak.. huhuhu ) & multivitamin, I makan trs lepas habiskan lunch. Mcm tak percaya'kan.. tapi sakit punya pasal ( tak penah2 aku rasa sesakit ni, siyes!! ), ubat tu, ku telan jua.

Jumaat, ( semalamla.. 7 Okt. 2011 ) sambil2 lawat Winnie ( colleague yg eksiden... ) I ambik kesempatan jumpa doktor. Doktor paksa keluarkan k*h*k, huhuhu.. I mana pandai. Bila kakak makmal bagi bekas utk simpan k***K tu, I terkebil2 je tgk kiri kanan. Mcm mana nak buat?? Sempat tanya ngan pompuan kat sebelah, mcm mana nak kluarkan K***K?
Pompuan tu sengih2.. "Oh, senang jak..Mcm tuk.." ( tak tau nak tulis mcm mana pompuan tu ajar.. )
Coba dan mencoba sampai mata berair, pun tak berjaya. I masuk makmal, jumpa kakak makmal gtau yg I tak retila buat keja kotor tu.  ( apalaaa... )

Masuk balik Bilik 1, gtau MA "I tak pandaila buat yg u suruh tu." Dia pulak gelak. I komplen I slalu susah nak bernafas & penah suspected asthma trs dia arah I g Emergency Room. Kena pam pulakkkkkkk...... Sebelum pakai benda tu, sempat komplen kat nurse, "Ada air kat corong tu. Mcm apa entah" ( Dengan harapan nurse akan tukar corong pernafasan yang mcm je BERSIH tapi huhuhuhu ) Alhamdulillah.. ditukar akhirnya.


p/s :: esok2 la sambung balik.. NGANTOK GILERRRRR ni..

|| Boleh saya stori sikit pasal cinta saya?? ||

Saya dah 29yo. Banyak suka duka yang dah ditempuhi.. [ kira banyakla kalo nak dibandingkan dengan anak sedara I.. ]

Tiba2 malam ni, rasa nak stori pasal cinta. Hmmm.. mcm boring je'kan.

I suka tgk org hepi2 bercinta walaupun I tak hepi2 bercinta ( aku mana ada steady boifren.. ). Mesti best'kan bercinta. Dulu zaman2 I bercinta, ( cinta kolestrol :-) pasal I gemuk, boifren kurus ) ingin sangat nak jalan2 pegang2 tangan. Ingin gak nak lentok2 atas bahu boifren bila klua shopping. Hehehe..  tp dengan kegemukan I, mesti org kutuk bila tengok I lentok2 manja kat bahu boifren yang ensem + slim itu. Hehehe.. jadi rasanya tak kesampaian la impian masa tu.. hehehe..
Bila dah tak berboifren, salu kluar ngan kwn. Bila klua ngan kawan, slalu je tgk kapel2 yang hepi2 bercinta. Rasa mcm jeles, tapi taklah.. zaman bercinta I dah berlalu. ( Jeles sikit2 je.. :-p
:-) Kadang rasa tak menentu jugak bila tgk kwn2 bz berSMS ngan boifren dorang. Selang bbrp saat je msg sent, trs dapat sms balas. Mcm bahagia je dorang'kan. Takpe, akan tiba nanti giliran I.  

Penahla jugak nak try berboifren, tapi mcm tak best pulak pasal boifren hati batu. SMS sebulan sekali kot. Call pun jarang sangat. Huhuuu....

Jadi, utk atasi rasa boring takde boifren, I lebey suka spending & wasting my time ngan family. Duduk umah je.. 


p/s : saya ngantok, pasal tu saya merapu ntahapahapantah... sori



Aktiviti hari Sabtu.

|| Sabtu, 8 Oktober 2011 ||

Arini tak banyak aktiviti nak buat. Selain buat rutin WAJIB, I dengan bangganya gtau, I berjaya memvakumkan keta tanpa merungut. Hehehe.. walaupun demam makin teruk, batuk tak henti2 lagi, keta tetap divakum sebab mata sakit tgk debu2 cinta yang tak tau nak describe mcm mana. Tapi.. takla berdebu sangat ponnnnnn... :-)

Arini majlis persandingan Ita. Kalau ikut plan, nak join kakak n member g makan free, tapi I sakitla.. Pas Subuh tdo balik. Sesungguhnya,I memang betul2 tak sihat. Sori Ita.

Pelik sungguh. Tipon umah xhenti2 berdering manakala ( wahhhh... ) enponku senyap, sepi sekali. Message?? Satu pun tak masuk. Celcom pun tak anta msg arini. Apa kes??

Gambar hiasan. Hahahaha

I Heart Terengganu!!

@Airport Terengganu
Saya suka Terengganu. Saya enjoy menghabiskan masa di Terengganu berbanding tempat2 lain di Semenanjung Malaysia. Kenapa?? Banyak yang best pasal Terengganu. :-)

Last week, 30 Sept. - 3 Oktober 2011, I g Terengganu with daddy, my kakak & my adik. Tujuan utama, nak g majlis konvokesyen my youngest sister. Tapi, kalau tak konvo pun memang saya pilih untuk bercuti di Terengganu.

Jom cerita sikit dari mula.

Flight dari Kuching - KL, makan masa hampir 1 jam 45minit. Naik Firefly. 
Dari KL - Kuala Terengganu pulak ambil masa lebey kurang 45mins. Naik MAS.

[ Ini memang sikittttttttttt punya cerita daaa.. ]

Esok2, I edit balik pasal otak beku. :-)